Sunday, May 4, 2014
Saturday, May 3, 2014
Friday, May 2, 2014
Up-up-update! (Part 6)
Bismillah. A few sketches while the months passed by. Banyak juga sketch sudah dibuat.
Custom-made birthday greetings for housemates
Wednesday, February 12, 2014
Turki: Traveller's Edition
Bismillah, salam.
Bear in mind a few things:
-Approximately 1 Turkish Lira (TL) = RM 2
-100 Kurush = 1 TL
-Saya melawat sekitar kawasan Bursa dan Daerah Fatih, Istanbul
sahaja so the facts may not deem accurate for other municipality/ district in
Turkey.
1. Tandas
Ada tandas guna sistem canggih, ala2 keluar masuk LRT
Tandas awam tak banyak yang percuma di sini. Puratanya kena
membayar 1 TL. Ada juga yang saya masuk harganya 75 Kurush, so sediakan wang
kecil. Hatta tandas masjid pun ada yang perlu bayar. Ambil wuduk mungkin
percuma tapi tandas, kena bayar. Paling mahal bayaran masuk tandas boleh jadi
sampai 5 TL atau 10 TL. Jadi, tanya dulu harga sebelum melulu nak masuk ya
hehe. So if you find a free toilet around, most commonly in a shop or kedai
makan, pergi saja walau tak berapa rasa nak buang air pun.
2. Trem / Metro line (Istanbul)
Laluan trem
Trek trem berkongsi dengan jalan raya bagi kereta. Menggunakan
sistem token yang dijana oleh mesin automatik. Setiap stesen tak ada
bangunan besar2 macam LRT Malaysia, hanya papan tanda and a few signs. That's
it, except dekat perhentian tukar laluan trem (macam STAR-PUTRA), besar sedikit
bangunannya. 1 token harganya 3 TL. Mesin token beroperasi dalam bahasa
Turki but one should figure how to buy quite easily. With one token anda boleh
pergi ke mana2 perhentian dalam peta laluan trem. Untung kalau nak pergi stesen
jauh, rugi kalau pergi stesen dekat.
Mereka ada sistem kad unlimited untuk warga Turki atau mereka yang
menetap di Turki. 1 bulan sekitar 170 TL, harga pelajar lebih murah lagi. Untuk
melihat permandangan kawasan seimbas lalu, saya cadangkan naik trem dari 1
stesen ke stesen paling hujung.
3. Teksi
Pengalaman saya menaiki teksi adalah daripada Taksim (Bukit
Bintang Istanbul, juga kawasan orang berdemo) ke Fındıkzade. Jarak kira2 10km
sahaja tetapi dengan trafik, akan terasa sedikit jauh. Tambangnya 30 TL. Bear
in mind, tambang teksi BOLEH nego. Asalnya kami dapat 35 TL, minta kurang
sedikit. Mereka tak pakai teksi bermeter. Buckle your seat belt though, boleh
tahan cara depa bawak kereta ni.
4. Bas
Ada banyak bas awam bergerak, even a double decker bus dengan
destinasi lebih direct berbanding trem, tapi saya tidak mencubanya. Saya kurang
pasti tentang tambang dan prosedur menaiki bas tersebut.
5. Makanan
Well lots to say about Turkish food, but let's say some of them
tak berapa masuk dengan tekak saya. Because honestly some of it are too bland.
Sebab itu kot ramai rakyat Malaysia datang sini suka makan kebab. Ada rasa
herbs and spices. Selain itu, aiskrim tradisional turki dan dessert varieties
Turkish delight dan Baklava.
Tekstur aiskrimnya sedikit pejal berbanding aiskrim biasa
Turkish Delight ada gred2, choose well.
Ikan segar di pelabuhan sekitar Golden Horn. Ada pasar ikan di
situ. Ikan besar2, fresh2. Bawah jambatan, ada kedai2 makan. Try cari sup ikan.
Makan masa hari sejuk2 memang sedap.
Turkey consist of 95% Muslims so tak ada masalah untuk cari
makanan but here's the catch; kena hati2 juga. Ini yang brother Ali (tour
guide) selalu pesan pada kami. Ini kerana ada kedai yang menjual kebab daging/
ayam disubstitute dengan pork. Bila sudah hiris halus dan dicampur rempah, rasa
dan tekstur jadi susah nak beza. Berjaga2 dengan kebab yang harga yang terlalu
murah juga, sebab harga daging jauh lebih mahal berbanding pork. Kebab dijual
sekitar masjid biasanya tiada masalah. Aiskrim dan coklat begitu juga dengan
yang mewas2kan ialah penggunaan gelatin. Jangan segan utk bertanya
"Halal?" sebelum membeli. Sekurang2nya kita usaha.
Seperti di China, ada sesetengah restoran menghidangkan alkohol di
samping makanan halal. Think of it macam atas flight, dia letak apple juice, OJ
& wine on the same trolley. Pesan "Food no alcohol" for safety
measures. Kami pergi dengan travel agency yang sudah memastikan hal ini, jadi
tiada masalah.
6. Places Recommendation
Berbayar:
Hagia Sophia / Ayasofya
-Hagia Sophia (Ayasofya): Once a cathedral, converted to masjid,
converted to a museum
Antara monumen di dalam kawasan istana
Tiket masuk
-Istana Topkapı: dibina pada zaman Sultan Fatih, mempunyai barang
pameran asli tinggalan nabi2 seperti tongkat Nabi Musa, periuk Nabi Ibrahim,
cast dari tangan Nabi Yahya, janggut Rasulullah SAW, dan tinggalan2 dari
kerajaan Uthmaniyyah.
-Kereta Kabel: View yang cantik. Di kawasan kereta kabel itu juga
adalah kawasan perkuburan tempat Ahmad Ammar bersemadi.
Feri Eropah - Asia
-Feri : menerusi laut Marmara menghubungkan Turki Asia dan Turki Eropah, boleh feed seagulls!
Permandangan dari kapal cruise
-Kapal cruise: menerusi selat Bosphorus.
Masjid Biru (Blue Mosque)
Dataran Taksim
Kenderaan yang tak dapat dikenalpasti (di Taksim)
Masjid Abu Ayyub al-Ansori, juga letaknya makam beliau
Demo aman di Taksim
Burung2 merpati di perkarangan masjid berdepan Spice Market
Percuma: Masjid Biru, Masjid Sulaiman, Masjid Ulu (Bursa), Makam2
seperti makam sahabat Abu Ayyub al-Ansori. Kawasan shopping seperti Taksim,
Spice Market dan Grand Bazaar.
7. Bahasa
Okay honestly speaking. They are quite the monolingual punya
bangsa. Susah nak cari Turkish yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Even
term bahasa arab seperti "wuduk" mereka tak faham, jadi kenalah buat
sedikit body language untuk convey apa yang dimaksudkan. Saya menyesal juga tak
menghafal frasa2 asas sebelum pergi, it made us look like ayam & itik
trying to talk with each other, haha.
8. Souvenir
Brother Ali pesan jangan membeli cenderamata2 yang berwarna biru,
dengan simbol seolah2 'mata' di dalamnya. Katanya itu 'mata syaitan', buat
tangkal. Saya gelak saja pada gelaran itu, tapi dia memberitahu tak ramai yang
tahu asal usul benda itu. Kalau terbeli, bagi dekat non-muslim. Tempat nak beli
souvenir direkomenkan: sekitar Spice Market dan Grand Bazaar. Souvenir paling
murah commonly orang beli banyak2 ialah keychain dan penanda buku bersulam. Harga boleh nego.
Harap catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan
membolehkan saya mengingat kenangan2 sewaktu di Turki dahulu. Wassalam, Adieu!
Friday, February 7, 2014
Turki: Sedikit Catatan
Sekitar Hagia Sophia.
Bismillah, random blogpost.
In 2010, the Turks did not leave a very good impression on me. Mungkin sebab di haramain, kebiasaannya bangsa ini sering disinonimkan dengan bangsa yang 'main kasar' sikit. Even Turkish makcik are fit and good built, kalau tertolak lelaki Malaysia semasa tawaf, memang boleh terpusing 360 darjah, serius. Mereka juga sering bergerak dalam kumpulan dan jarang sekali terpisah.
Tahun 2014, Allah memberi izin saya untuk menziarahi negara Turki, dan berada di sana selama lebih krg 5 hari. Saya berpeluang melawat beberapa monumen terkenal seperti Istana Topkapı, Hagia Sophia/ Ayasofya (Cathedral converted to Masjid converted to museum), Masjid Biru, dan menerusi selat Bosphorus yang dahulu legendary dgn rantai besinya di Golden Horn.
Oh ya cuma perkara yg menyedihkan, banner Atatürk ada dilihat bergantungan dan juga poster wajahnya byk dijual di airport mahupun cetakan2. Brother Ali cerita, even buku2 teks mengangkat dan menjulang namanya sehingga ada yg menggelar Atatürk "hidden prophet". Oh well.
Saya kira org Turki sangat suka pada org musafir, apabila saya sengaja menghulurkan tangan utk bersalam dgn makcik2 di masjid, mereka menyambut dgn mesra. Pergi ke kedai runcit, cashier mengajar saya beberapa frasa bahasa Turki. Tak kurang ada yg randomly ajak bergmbar sama2.
Then I realized, it all dates back to history. Their ancestors; Kuat semangat, kuat fizikal, kuat ukhuwwah. Sedikit sebanyak turun kepada orang Turki sekarang. Kalau tidak, masakan kerajaan Uthmaniyyah boleh bertahan sehingga lebih setengah alaf. Ciri ini mereka bawak tak kira di mana mereka berada.
Trip umrah kali ini, they are the still same Turkish with characteristics I mentioned in the first paragraph, but I see them in a better light now. Lebih optimis. Benarlah, Allah mencipta manusia bersuku2 utk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. InshaAllah I will never forget the place, people, and the hot çay served in a tulip-shaped glass.
Catatan ini adalah untuk simpanan saya sendiri juga dan sekiranya bermanfaat, Alhamdulillah.
*ekstra: Kucing kat sana semua gebus2 >.<
Thursday, October 31, 2013
Pahang vs Kelantan [Piala Malaysia 2013]
Looks good as a banner / cover photo.
Bismillah.
Pantai Timur face off Ahad ni 3 November 2013
inshaAllah.
Not really a fan of football, but am excited :D
The draft.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.png)












_640_480.jpg)

_640_480.jpg)








