Wednesday, February 12, 2014

Turki: Traveller's Edition

Bismillah, salam. 

Bear in mind a few things:
-Approximately 1 Turkish Lira (TL) = RM 2
-100 Kurush = 1 TL
-Saya melawat sekitar kawasan Bursa dan Daerah Fatih, Istanbul sahaja so the facts may not deem accurate for other municipality/ district in Turkey.

1. Tandas

Ada tandas guna sistem canggih, ala2 keluar masuk LRT

Tandas awam tak banyak yang percuma di sini. Puratanya kena membayar 1 TL. Ada juga yang saya masuk harganya 75 Kurush, so sediakan wang kecil. Hatta tandas masjid pun ada yang perlu bayar. Ambil wuduk mungkin percuma tapi tandas, kena bayar. Paling mahal bayaran masuk tandas boleh jadi sampai 5 TL atau 10 TL. Jadi, tanya dulu harga sebelum melulu nak masuk ya hehe. So if you find a free toilet around, most commonly in a shop or kedai makan, pergi saja walau tak berapa rasa nak buang air pun.

2. Trem / Metro line (Istanbul)

Laluan trem


Trek trem berkongsi dengan jalan raya bagi kereta. Menggunakan  sistem token yang dijana oleh mesin automatik. Setiap stesen tak ada bangunan besar2 macam LRT Malaysia, hanya papan tanda and a few signs. That's it, except dekat perhentian tukar laluan trem (macam STAR-PUTRA), besar sedikit bangunannya. 1 token harganya 3 TL. Mesin token beroperasi  dalam bahasa Turki but one should figure how to buy quite easily. With one token anda boleh pergi ke mana2 perhentian dalam peta laluan trem. Untung kalau nak pergi stesen jauh, rugi kalau pergi stesen dekat. 

Mereka ada sistem kad unlimited untuk warga Turki atau mereka yang menetap di Turki. 1 bulan sekitar 170 TL, harga pelajar lebih murah lagi. Untuk melihat permandangan kawasan seimbas lalu, saya cadangkan naik trem dari 1 stesen ke stesen paling hujung.

3. Teksi

 

Pengalaman saya menaiki teksi adalah daripada Taksim (Bukit Bintang Istanbul, juga kawasan orang berdemo) ke Fındıkzade. Jarak kira2 10km sahaja tetapi dengan trafik, akan terasa sedikit jauh. Tambangnya 30 TL. Bear in mind, tambang teksi BOLEH nego. Asalnya kami dapat 35 TL, minta kurang sedikit. Mereka tak pakai teksi bermeter. Buckle your seat belt though, boleh tahan cara depa bawak kereta ni.

4. Bas

Ada banyak bas awam bergerak, even a double decker bus dengan destinasi lebih direct berbanding trem, tapi saya tidak mencubanya. Saya kurang pasti tentang tambang dan prosedur menaiki bas tersebut.



5. Makanan

                                                  
      
                                          

Well lots to say about Turkish food, but let's say some of them tak berapa masuk dengan tekak saya. Because honestly some of it are too bland. Sebab itu kot ramai rakyat Malaysia datang sini suka makan kebab. Ada rasa herbs and spices. Selain itu, aiskrim tradisional turki dan dessert varieties Turkish delight dan Baklava.

Tekstur aiskrimnya sedikit pejal berbanding aiskrim biasa

Turkish Delight ada gred2, choose well.

Ikan segar di pelabuhan sekitar Golden Horn. Ada pasar ikan di situ. Ikan besar2, fresh2. Bawah jambatan, ada kedai2 makan. Try cari sup ikan. Makan masa hari sejuk2 memang sedap.

Turkey consist of 95% Muslims so tak ada masalah untuk cari makanan but here's the catch; kena hati2 juga. Ini yang brother Ali (tour guide) selalu pesan pada kami. Ini kerana ada kedai yang menjual kebab daging/ ayam disubstitute dengan pork. Bila sudah hiris halus dan dicampur rempah, rasa dan tekstur jadi susah nak beza. Berjaga2 dengan kebab yang harga yang terlalu murah juga, sebab harga daging jauh lebih mahal berbanding pork. Kebab dijual sekitar masjid biasanya tiada masalah. Aiskrim dan coklat begitu juga dengan yang mewas2kan ialah penggunaan gelatin. Jangan segan utk bertanya "Halal?" sebelum membeli. Sekurang2nya kita usaha.

Seperti di China, ada sesetengah restoran menghidangkan alkohol di samping makanan halal. Think of it macam atas flight, dia letak apple juice, OJ & wine on the same trolley. Pesan "Food no alcohol" for safety measures. Kami pergi dengan travel agency yang sudah memastikan hal ini, jadi tiada masalah.

6. Places Recommendation

Berbayar:

                                     
Hagia Sophia / Ayasofya

-Hagia Sophia (Ayasofya): Once a cathedral, converted to masjid, converted to a         museum

Antara monumen di dalam kawasan istana

                                                  
Tiket masuk
    
-Istana Topkapı: dibina pada zaman Sultan Fatih, mempunyai barang pameran asli tinggalan nabi2 seperti tongkat Nabi Musa, periuk Nabi Ibrahim, cast dari tangan Nabi Yahya, janggut Rasulullah SAW, dan tinggalan2 dari kerajaan Uthmaniyyah.

-Kereta Kabel: View yang cantik. Di kawasan kereta kabel itu juga adalah kawasan perkuburan tempat Ahmad Ammar bersemadi.

                                       
Feri Eropah - Asia

-Feri : menerusi laut Marmara menghubungkan  Turki Asia dan Turki Eropah, boleh feed seagulls!

                                       
Permandangan dari kapal cruise

-Kapal cruise: menerusi selat Bosphorus.


                                          
             Masjid Biru (Blue Mosque)

Dataran Taksim

Kenderaan yang tak dapat dikenalpasti (di Taksim)



Masjid Abu Ayyub al-Ansori, juga letaknya makam beliau

Demo aman di Taksim

Burung2 merpati di perkarangan masjid berdepan Spice Market

Percuma: Masjid Biru, Masjid Sulaiman, Masjid Ulu (Bursa), Makam2 seperti makam sahabat Abu Ayyub al-Ansori. Kawasan shopping seperti Taksim, Spice Market dan Grand Bazaar.

7. Bahasa

Okay honestly speaking. They are quite the monolingual punya bangsa. Susah nak cari Turkish yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Even term bahasa arab seperti "wuduk" mereka tak faham, jadi kenalah buat sedikit body language untuk convey apa yang dimaksudkan. Saya menyesal juga tak menghafal frasa2 asas sebelum pergi, it made us look like ayam & itik trying to talk with each other, haha.

8. Souvenir



Brother Ali pesan jangan membeli cenderamata2 yang berwarna biru, dengan simbol seolah2 'mata' di dalamnya. Katanya itu 'mata syaitan', buat tangkal. Saya gelak saja pada gelaran itu, tapi dia memberitahu tak ramai yang tahu asal usul benda itu. Kalau terbeli, bagi dekat non-muslim. Tempat nak beli souvenir direkomenkan: sekitar Spice Market dan Grand Bazaar. Souvenir paling murah commonly orang beli banyak2 ialah keychain dan penanda buku bersulam. Harga boleh nego.




Harap catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan membolehkan saya mengingat kenangan2 sewaktu di Turki dahulu. Wassalam, Adieu!

                                             

Friday, February 7, 2014

Turki: Sedikit Catatan


Sekitar Hagia Sophia.

Bismillah, random blogpost.

In 2010, the Turks did not leave a very good impression on me. Mungkin sebab di haramain, kebiasaannya bangsa ini sering disinonimkan dengan bangsa yang 'main kasar' sikit. Even Turkish makcik are fit and good built, kalau tertolak lelaki Malaysia semasa tawaf, memang boleh terpusing 360 darjah, serius. Mereka juga sering bergerak dalam kumpulan dan jarang sekali terpisah.

Tahun 2014, Allah memberi izin saya untuk menziarahi negara Turki, dan berada di sana selama lebih krg 5 hari. Saya berpeluang melawat beberapa monumen terkenal seperti Istana Topkapı, Hagia Sophia/ Ayasofya (Cathedral converted to Masjid converted to museum), Masjid Biru, dan menerusi selat Bosphorus yang dahulu legendary dgn rantai besinya di Golden Horn.

Oh ya cuma perkara yg menyedihkan, banner Atatürk ada dilihat bergantungan dan juga poster wajahnya byk dijual di airport mahupun cetakan2. Brother Ali cerita, even buku2 teks mengangkat dan menjulang namanya sehingga ada yg menggelar Atatürk "hidden prophet". Oh well.

Saya kira org Turki sangat suka pada org musafir, apabila saya sengaja menghulurkan tangan utk bersalam dgn makcik2 di masjid, mereka menyambut dgn mesra. Pergi ke kedai runcit, cashier mengajar saya beberapa frasa bahasa Turki. Tak kurang ada yg randomly ajak bergmbar sama2.

Then I realized, it all dates back to history. Their ancestors; Kuat semangat, kuat fizikal, kuat ukhuwwah. Sedikit sebanyak turun kepada orang Turki sekarang. Kalau tidak, masakan kerajaan Uthmaniyyah boleh bertahan sehingga lebih setengah alaf. Ciri ini mereka bawak tak kira di mana mereka berada.

Trip umrah kali ini, they are the still same Turkish with characteristics I mentioned in the first paragraph, but I see them in a better light now. Lebih optimis. Benarlah, Allah mencipta manusia bersuku2 utk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. InshaAllah I will never forget the place, people, and the hot çay served in a tulip-shaped glass.

Catatan ini adalah untuk simpanan saya sendiri juga dan sekiranya bermanfaat, Alhamdulillah.

*ekstra: Kucing kat sana semua gebus2 >.<