Showing posts with label splash. Show all posts
Showing posts with label splash. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Label baru: SPLASH!


Assalamualaikum semua. Hajat di hati nak menjadikan SPLASH! sebagai label untuk karya2 berwarna manakala Monochrome untuk karya2 hitam putih. Logo di atas merupakan prototaip sahaja, mungkin akan ada perubahan pada masa akan datang.



Saya mewarna karya dari post lama. Mood melukis kurang ada tapi rasa nak release stress sikit. Mewarna pun  jadilah labu....


Monday, May 7, 2012

Karya Tertangguh (II): Keluar dari Hitam Putih

Assalamualaikum. Buat kali keduanya dalam malam yang sama, haha. Kali ni nak berkongsi karya2 yang berwarna. Seronok jugak main warna2 ni. Rasa macam kanak2 girang gemilang pun ada. Blog atas nama monokrom, tapi  karya campur2 boleh? ^^

Disusun mengikut masa dilukis kerana masih boleh diingati ngehngeh. Klik untuk melihat saiz lebih besar.




Komentar mengenai monokrom vs warna-warni sangat dialu-alukan :D