Thursday, August 2, 2012

Masak sambil zikir.


Assalamualaikum.

Seronok tengok rancangan "Hidangan Barakah" di TV al-Hijrah. Sebelum masak chefnya baca doa, selawat dulu . Masa potong dan gaul2 bahan pun disertakan zikir dan doa. 

Bak kata kawan saya, "contoh yang baik untuk bakal2 ibu." Hahaha ^^

Tapi tersangatlah betul statement kawan saya tu.




Wednesday, August 1, 2012

Selamat berpuasa!



Assalamualaikum, Ramadhan Kareem (Allahu Akram) daripada thecomiclog. Moga2 Ramadhan lebih bermakna insyaAllah :-)

Tuesday, July 31, 2012

Contengan tablet: prelude






Assalamualaikum.

Some sketches dari semalam dan sedikit dari pagi tadi. Ada juga sketch dibuat untuk rakan sekelas  (yang ada ditulis nama mereka). Baru sehari dua menggunakan gajet baru, ada rasa sedikit kekok tapi memang banyak mudahnya :)

Tablet: Wacom Bamboo Pen & Touch 3rd Gen

Ramadhan: Edisi pelajar medik dan doktor.


Assalamualaikum. Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillahi s.a.w.

Hasil kerja formal pertama yang dilakukan hampir sepenuhnya menggunakan tablet (drawing tablet, bukan spesis ipad mahupun galaxy tab). Dibuat untuk akak2 medical student AUCMS yang praktikal di Hospital di Kangar Perlis. Dengar2 akan dimuatkan dalam majalah hitam putih mereka.

Allahu Taala a'lam, moga usaha kecil ini diredhai. insyaAllah.

Monday, July 30, 2012

Kembali kejap.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mendapat alat untuk melukis dengan lebih efektif. Reduce paper and and pen waste insyaAllah. Lebih mesra alam. Go green!

Sunday, July 1, 2012

Fly!


Assalamualaikum. Lukisan kali ini bertemakan 'pengembaraan'. Kehidupan di dunia adalah antara fasa terawal selepas alam roh dan alam rahim. Kita ada beberapa lagi fasa yang perlu dilalui selepas ini... yakni fasa2 selepas alam dunia...  

Beralih kepada kehidupan saya sekarang. Almost 3 weeks into holidays, baru dapat lukis satu. Tak adalah sibuk dengan apa sangat pun, cuma menyibuk-nyibukkan diri adalah. Memperbaik bidang masakan contohnya. Cuba ceburkan diri dalam pelbagai bidang, mana tahu ada kelebihan anda di sana.

 Apapun moga cuti kalian (degree students) terisi dengan bermanfaat insyaAllah... :-)

Monday, June 18, 2012

Selamat bercuti!

Moga2 cuti kalian gumbira seperti kucing2 ini.

Assalamualaikum. 

Memandangkan palajar UniMAP majoritinya sudah/hampir habis peperiksaan, saya ingin mengucapkan selamat bercuti buat kalian. Moga cuti ini terisi dengan bermanfaat ;-) kepada student universiti lain, teruskan usaha menjawab exam. Jangan jelly dengan we olls yang dah habis ni hehe :-)


Tuesday, June 5, 2012

Truth.

Assalamualaikum. Honestly I had Syahadatul Haqq in mind when I was drawing this. What is Syahadatul Haqq, ye say? Go google.  May you also found the truth, and to never hide it :-)


Saturday, May 26, 2012

Komik: Aurat Wanita

Assalamualaikum. Kira2 seminggu lepas ada seorang akak mintak tolong lukiskan komik. Komik ini untuk dimuatkan ke dalam booklet untuk diedarkan semasa sebuah program dengan target peserta berusia 9-13 tahun. Ini 1st time saya mencuba melukis untuk range usia sedemikian, jadi saya harap saya dapat mencapai target. Ayat yang digunakan tidak boleh terlalu kompleks sebab yelah, budak2 darjah2 lagi kan. Overall, klien pun sepertinya berpuas hati Alhamdulillah :-)

Nama yang terlibat: Fatimah, Aini, Hajar. Fatimah, sebab ada seorang budak kat UniMAP panggil saya dengan nama ni, haha. Aini dan Hajar (Hajar, saya letak nama awak ok! yeah ^^) sahabat masa PASUM. Nama2 ni pop-up spontan masa saya buat dialog. Orang lain jangan terasa okeh! Kalian juga sering ku ingati. Insya-Allah dalam komik lain akan cuba saya letak nama anda kalau diberi kebenaran... :-)



Friday, May 25, 2012

Label baru: SPLASH!


Assalamualaikum semua. Hajat di hati nak menjadikan SPLASH! sebagai label untuk karya2 berwarna manakala Monochrome untuk karya2 hitam putih. Logo di atas merupakan prototaip sahaja, mungkin akan ada perubahan pada masa akan datang.



Saya mewarna karya dari post lama. Mood melukis kurang ada tapi rasa nak release stress sikit. Mewarna pun  jadilah labu....


Orang paling kaya


Nabi dah ajar cara nak jadi orang paling kaya! :D

Monday, May 7, 2012

Karya Tertangguh (II): Keluar dari Hitam Putih

Assalamualaikum. Buat kali keduanya dalam malam yang sama, haha. Kali ni nak berkongsi karya2 yang berwarna. Seronok jugak main warna2 ni. Rasa macam kanak2 girang gemilang pun ada. Blog atas nama monokrom, tapi  karya campur2 boleh? ^^

Disusun mengikut masa dilukis kerana masih boleh diingati ngehngeh. Klik untuk melihat saiz lebih besar.




Komentar mengenai monokrom vs warna-warni sangat dialu-alukan :D

Karya Tertangguh (I)

Assalamualaikum semua. Wah, dah lama betul blog ini ditinggalkan. Sebenarnya kerja2 melukis dan berkarya masih berjalan walau dalam pace yang agak perlahan. Oleh sebab itu saya ingin menyumbat karya2 yang masih belum diterbitkan di blog ini. Walaupun kini saya sering memuatnaik karya dalam laman facebook terlebih dahulu, sejujurnya saya lebih suka interface blog kerana lebih teratur dan mudah dirujuk semula. Moga bermanfaat dan diingatkan lagi bahawa segala karya saya boleh diguna pakai tanpa dikreditasi semula kepada saya dan blog lukisan ini. ^^

Klik untuk saiz lebih besar.

Tentang Ketaatan.

Tentang Kelebihan.

Tentang Tujuan Hidup.


 Tentang Pengemabara.



Tentang penjara dan sorga dunia.
Jujurnya jasil ini merupakan antara kegemaran saya.

                       
       Tentang sakura (chewah).

Tentang Saudara.


Tentang Muzik.

Tentang Asal-Usul.

Tentang Rawak.


--Bersambung di Bahagian (II) insya-Allah--

Thursday, February 2, 2012

Sayonara Jahiliyyah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 2-3 hari ni berkesempatan untuk melukis.... Hmm. Mungkin kena letak juga watermark pada lukisan lepas ni... kita tengok keadaan dulu...
Original image scanned.


Selepas noob paint & photoshop sikit2...


Progres... Lihat kepada imej 2, karakter kelihatan agak bland walaupun sudah diberi basic layer. Selepas line2 yang tertentu ditebalkan (bold) sedikit, subjek nampak menyerlah dan lebih presentable. Saya perasan hal ini agak crucial untuk memberi mood yang sesuai kepada karakter contohnya dalam manga, manhwa, dsb.

Wednesday, February 1, 2012

Winter.

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini mungkin susah sikit nak relate dengan negara macam Malaysia. Sekarang, rata2 negara yang mengalami cuaca 4 musim sedang berada dalam musim sejuk. Mungkin juga sudah kurang sikit2 dan sudah mula menjengah musim bunga.

Bulan Januari tahun ini mencatatkan winter pertama saya. Snow pertama. Eh. Bukan belajar oversea, pergi bercuti je.

Meskipun seronok melihat putih salju di jalanraya, Malaysia tetap best. Percayalah. ^^



Karya asal: Alza by あきづき空太



Monday, January 30, 2012

Holidays, and a few words on staying monochrome.

Assalamualaikum. It's been a nice holiday, 1 week since then have passed. I just got back from a trip, an exciting one. Just got the opportunity to hold my pens again ^^ So here goes.

Some people (quite a few actually) asked me when I'm going to color my works. Honestly I'm learning to do it verryyyyy slowly. And for someone like me, coloring can take up lots of time, which I fervently dislike. Not saying that people who do color their work are time-wasters though. I like colors, just that I'm now bad at it ^^;

Besides, I feel black and white had their own charms in expressing a character/ drawings that is unattainable by colored ones, vice versa. So it's safe to say that for 2012, the works in this blog will stay monochrome until further notice.

Sorry for excess babbling in this post and may Allah bless all of us ^^

edit: how do you like the new banner? :D

Monday, January 9, 2012

Gap seminggu...

Assalamualaikum semua.

Next paper 16/1 dan 18/1. Ada sedikit masa untuk berfoya-foya, jadi....

Memang sepatutnya kau study pun Cik Rozana ooiiiiii~~

Thursday, January 5, 2012

Exam (lagi).

Assalamualaikum semua.

Masa exam pun saya 'menyempatkan' diri lagi untuk melukis ye. Haha. Release tension tiap2 kali lepas 1 paper. Ni Baru lepas 2 paper Alhamdulillah :D

Kebanyakan lukisan2 saya adalah refleksi diri saya sendiri ketika saya lukisan itu sedang dihasilkan. Emotionally, physically? Entah. Mungkin juga apa yang sedang saya buat atau ingin lakukan...


Lepas habis paper programming (5/1)... dengan mesej:

"Photography is a way of showing off God's creation; rather than showing off your kits and skills."

--a message by me to myself and all enthusiasts out there.


Lepas habis paper pertama (2/1) Ada barang kat situ memang
berdasarkan keadaan sebenar masa study :D


Yang masih menduduki peperiksaan, teruskan usaha, yuk! ^^